{"id":409,"date":"2014-10-17T19:49:50","date_gmt":"2014-10-17T11:49:50","guid":{"rendered":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=409"},"modified":"2014-10-17T19:49:50","modified_gmt":"2014-10-17T11:49:50","slug":"kedai-buku-bergerak-pertama-di-malaysia-astro-awani","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=409","title":{"rendered":"Kedai buku bergerak pertama di Malaysia : Astro Awani"},"content":{"rendered":"<h1 class=\"storyheadline\">Kedai buku bergerak pertama di Malaysia<\/h1>\n<h5 class=\"dateline\">Bernama |<strong>Kemas kini:<\/strong>Oktober 12, 2014<br \/>\n(<strong>Diterbitkan pada<\/strong>: Oktober 12, 2014 16:17 MYT)<\/h5>\n<div class=\"storytext\">\n<div id=\"story_pic\" class=\"story_mainpic\"><img loading=\"lazy\" class=\"\" title=\"\" src=\"http:\/\/img.astroawani.com\/2014-10\/81413081379_295x200.jpg\" alt=\"Kedai buku bergerak pertama di Malaysia\" width=\"295\" height=\"200\" border=\"0\" \/><\/p>\n<h5 class=\"big_image_caption\">Konsep kedai buku bergerak yang diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas.&#8211;fotoBERNAMA<\/h5>\n<div class=\"big_image_caption\"><\/div>\n<\/div>\n<div id=\"news_detail\" class=\"\">Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan &#8220;Mobile Book Cafe&#8221; dan gambar buku menghiasi luar van.<\/p>\n<p>Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.<\/p>\n<p>Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.<\/p>\n<p><strong>TERCETUS IDEA<\/strong><\/p>\n<p>Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>Bercerita lanjut mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.<\/p>\n<p><img title=\"Muhamad Ali berdiri di hadapan kedai buku bergeraknya. -- Foto Bernama\" src=\"http:\/\/img.astroawani.com\/2014-10\/51413101803_freesize.jpg\" alt=\"Muhamad Ali berdiri di hadapan kedai buku bergeraknya. -- Foto Bernama\" \/><\/p>\n<div><strong>Muhamad Ali berdiri di hadapan kedai buku bergeraknya. &#8212; Foto Bernama<\/strong><\/div>\n<p>Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.<\/p>\n<p>&#8220;Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan&#8221;, katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.<\/p>\n<p>Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan&#8221;, katanya.<\/p>\n<p>Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.<\/p>\n<p>Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia&#8221;, katanya.<\/p>\n<p><strong>PROSES UBAHSUAI<\/strong><\/p>\n<p>Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata mereka cuba untuk lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.<\/p>\n<p>Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.<\/p>\n<p>Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.<\/p>\n<p><strong><img title=\"Seorang pejalan kaki melihat buku yang ditawarkan -- Foto Bernama\" src=\"http:\/\/img.astroawani.com\/2014-10\/51413101836_freesize.jpg\" alt=\"Seorang pejalan kaki melihat buku yang ditawarkan -- Foto Bernama\" \/><\/strong><\/p>\n<div><strong>Seorang pejalan kaki melihat buku yang ditawarkan &#8212; Foto Bernama<\/strong><\/div>\n<p>Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank&#8221;, katanya.<\/p>\n<p>Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara konsignasi dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.<\/p>\n<p>&#8220;Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsignasi buku-buku terbitan mereka&#8221;, katanya, yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.<\/p>\n<p>Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.<\/p>\n<p>&#8220;Bahan-bahan yang dijual mengguna tatabahasa yang betul termasuk komik-komik yang dijual. Ini secara tidak langsung bagi membantu meningkatkan tatabahasa terutama dalam kalangan pelajar sekolah&#8221;, katanya.<\/p>\n<p><strong>KHIDMAT SOSIAL MELALUI JUALAN BUKU<\/strong><\/p>\n<p>Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak milik mereka memberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Kelang.<\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, kadangkala kedai buku bergerak mereka akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.<\/p>\n<p>&#8220;Kadangkala orang kita ni suka membaca tetapi malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk galakkan budaya membaca itu, kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.<\/p>\n<p>&#8220;Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama konsep yang kami bawa&#8221;, katanya.<\/p>\n<p>Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan serta menikmati kopi panas yang disediakan.<\/p>\n<p>Ini sebagai khidmat sosial mereka bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<p>Bagi mendekati pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.<\/p>\n<div id=\"outbrain_main\">\n<div id=\"outbrain_container\">\n<div id=\"outbrain_widget_0\" class=\"OUTBRAIN\" data-src=\"http:\/\/www.astroawani.com\/news\/show\/kedai-buku-bergerak-pertama-di-malaysia-45730\" data-widget-id=\"AR_3\" data-ob-template=\"AstroawaniMAL\" data-ob-mark=\"true\" data-browser=\"chrome\" data-os=\"macintel\" data-dynload=\"\">\n<div class=\"ob_strip_container AR_3\">\n<div class=\"ob_container\">\n<div class=\"ob_container_recs\">\n<div class=\"item-container ob-recIdx-1  item-container-ad  ob-last \">\n<div class=\"ob-text-content\">\n<div class=\"strip-rec-link-title ob-tcolor\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>&#8220;Program yang kami jalankan bergantung kepada pelajar-pelajar yang ada. Jika di sekolah rendah, biasanya kami bawa bengkel melukis dan menulis, sementara sekolah menengah kami bawa bengkel penulisan, bengkel puisi dan sajak bergantung kepada minat sekolah itu&#8221;, katanya.<\/p>\n<p>Bukan sekadar tangkap muat, mereka bawakan pakar dalam bidang-bidang berkenaan bagi mengendalikan bengkel.<\/p>\n<p>&#8220;Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami&#8221;, katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan insitusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara.<\/p>\n<p><strong>CABARAN DAN HARAPAN<\/strong><\/p>\n<p>Menjual buku secara bergerak mempunyai cabarannya sendiri terutama ketika berhadapan dengan cuaca hujan kerana buku sangat sensitif dengan air.<\/p>\n<p>Muhammad Azam berkata setiap kali cuaca mendung, mereka akan bersiap sedia untuk menutup kedai dan menunggu di dalam van sehingga cerah kembali.<\/p>\n<p>Namun cabaran yang paling utama ialah mendapatkan program-program terutama di sekolah-sekolah.<\/p>\n<p>&#8220;Kerana itu kami harus kreatif untuk merencanakan program-program yang sesuai setiap kali turun membuat jualan. Jika van tidak bergerak bermakna tiada jualan boleh dibuat&#8221;, katanya yang berhasrat untuk memperluaskan lagi kedai bergerak mereka.<\/p>\n<p>Mereka juga merancang membina rakan niaga di beberapa buah negeri dengan konsep dan nama yang sama terutama di bahagian selatan, utara Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>&#8220;Matlamat kami adalah membantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia. Kita harus mencontohi budaya membaca di negara-negara maju seperti Jepun kerana dengan buku kita boleh menimba ilmu&#8221;, katanya. &#8212;\u00a0Kurniawati Kamarudin<\/p><\/div>\n<p>Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go<a href=\"http:\/\/onthego.astro.com.my\/\" target=\"_blank\">http:\/\/onthego.astro.com.my<\/a><\/p>\n<p class=\"st_tags\">Tag:<a href=\"http:\/\/www.astroawani.com\/topic\/buku\">buku<\/a><\/p>\n<\/div>\n<div>\n<p>Read more at:<a href=\"http:\/\/www.astroawani.com\/news\/show\/kedai-buku-bergerak-pertama-di-malaysia-45730?cp\" target=\"_blank_\">http:\/\/www.astroawani.com\/news\/show\/kedai-buku-bergerak-pertama-di-malaysia-45730?cp<\/a><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kedai buku bergerak pertama di Malaysia Bernama |Kemas kini:Oktober 12, 2014 (Diterbitkan pada: Oktober 12, 2014 16:17 MYT) Konsep kedai buku bergerak yang diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas.&#8211;fotoBERNAMA Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh<a href=\"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=409\" class=\"read-more\">Read More &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/409"}],"collection":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=409"}],"version-history":[{"count":1,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/409\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":410,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/409\/revisions\/410"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=409"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=409"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=409"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}