{"id":402,"date":"2014-10-17T19:42:33","date_gmt":"2014-10-17T11:42:33","guid":{"rendered":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=402"},"modified":"2014-10-17T19:42:33","modified_gmt":"2014-10-17T11:42:33","slug":"kedai-buku-bergerak-utusan-malaysia-17102014","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=402","title":{"rendered":"Kedai Buku Bergerak: Utusan Malaysia 17\/10\/2014"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<div class=\"fullstory\">\n<h1>Kedai buku bergerak<\/h1>\n<div id=\"photo_Large\" class=\"photo_Large\"><img loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/pix\/2014\/1017\/Utusan_Malaysia\/Sastera\/sa_01.1.jpg\" alt=\"\" width=\"500\" height=\"375\" border=\"1\" hspace=\"5\" vspace=\"5\" \/><\/p>\n<div id=\"caption\" class=\"caption\">Konsep kedai buku bergerak yang diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas.<\/div>\n<div id=\"kskd5211142\" class=\"kskdDiv kskdCls\"><\/div>\n<\/div>\n<p>Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan \u0093Mobile Book Cafe&#8221; dan gambar buku menghiasi luar van.<\/p>\n<p>Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.<\/p>\n<p>Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.<\/p>\n<p>Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>Bercerita mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.<\/p>\n<p>Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.<\/p>\n<p>\u0093Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan,&#8221; katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.<\/p>\n<p>Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.<\/p>\n<p>\u0093Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.<\/p>\n<p>Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, mereka tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.<\/p>\n<p>\u0093Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata, mereka cuba lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.<\/p>\n<p>Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.<\/p>\n<p>Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.<\/p>\n<p>Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.<\/p>\n<p>\u0093Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.<\/p>\n<p>\u0093Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat buku-buku terbitan mereka,&#8221; katanya yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.<\/p>\n<p>Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.<\/p>\n<p>khidmat sosial<\/p>\n<p>Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak milik mereka memberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Kelang.<\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, kadangkala kedai buku bergerak mereka akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.<\/p>\n<p>\u0093Kadangkala orang kita suka membaca tetapi malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk galakkan budaya membaca itu, kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.<\/p>\n<p>\u0093Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama konsep yang kami bawa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan serta menikmati kopi panas yang disediakan.<\/p>\n<p>Ini sebagai khidmat sosial mereka bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<p>Bagi mendekati pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.<\/p>\n<p>\u0093Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami,&#8221; katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan insitusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara. &#8211; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<p><b><\/b><\/p>\n<p>Artikel Penuh: <a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/Sastera\/20141017\/sa_01\/Kedai-buku-bergerak#ixzz3GOxNfApy\">http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/Sastera\/20141017\/sa_01\/Kedai-buku-bergerak#ixzz3GOxNfApy<\/a><br \/>\n\u00a9 Utusan Melayu (M) Bhd<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; Kedai buku bergerak Konsep kedai buku bergerak yang diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas. Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan \u0093Mobile Book<a href=\"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=402\" class=\"read-more\">Read More &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/402"}],"collection":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=402"}],"version-history":[{"count":1,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/402\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":403,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/402\/revisions\/403"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=402"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=402"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=402"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}