{"id":1690,"date":"2016-06-26T16:43:32","date_gmt":"2016-06-26T08:43:32","guid":{"rendered":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=1690"},"modified":"2016-06-26T16:43:32","modified_gmt":"2016-06-26T08:43:32","slug":"jual-beli-buku-di-pasar-tani","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=1690","title":{"rendered":"Jual beli buku di Pasar Tani"},"content":{"rendered":"<h1 class=\"entry-title\"><\/h1>\n<div class=\"entry-content\">\n<p>Oleh LIZAWATI MADFA<\/p>\n<p>Usah terkejut jika orang ramai mengunjungi Pasar Tani bukan untuk membeli sayura-sayuran, ikan atau daging ayam, sebalik mahu mendapatkan buku terbaharu.<\/p>\n<p>Ini kerana Mobile Book Cafe (MBC) atau kafe buku bergerak mungkin ada di mana-mana termasuk Pasar Tani yang lazimnya menempatkan gerai jualan barangan keperluan harian.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbcc16745_357175701104063_654744630888668511_n.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-full wp-image-59456\" src=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbcc16745_357175701104063_654744630888668511_n.jpg\" alt=\"mbcc16745_357175701104063_654744630888668511_n\" width=\"448\" height=\"302\" \/><\/a>Istimewanya, buku yang ditawarkan pada harga istimewa setiap hari, Mobile Book Cafe turut menghidang kopi organik secara percuma serta buah tangan lain.<\/p>\n<p>Bukan hanya pasar tani, MBC juga menjual buku di majlis perkahwinan, majlis rumah terbuka, stesen minyak mahupun perkarangan tempat letak kereta.<\/p>\n<p>\u201cKami tiada tempat khusus. Di mana ada jemputan, kami pergi. Inilah kelebihan kami, ke mana-mana sahaja. Paling jauh setakat ini ke Melaka,\u201d kata pengasasnya, Muhammad Azam Nor Anwar.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbc10483985_361824610639172_2851977690885125190_n.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-full wp-image-59457\" src=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbc10483985_361824610639172_2851977690885125190_n.jpg\" alt=\"mbc10483985_361824610639172_2851977690885125190_n\" width=\"448\" height=\"298\" \/><\/a>MBC sebenarnya sebuah van persendirian yang diubah suai menjadi sebuah kenderaan jualan buku dan majalah serta menyerupai sebuah kafe santai.<\/p>\n<p>Sejak diusahakan kira-kira setahun lalu, mendapat sambutan semakin lama semakin menggalakkan. Namun, saat memulakan operasi MBC, bukan semudah yang disangka.<\/p>\n<p>\u201cCabaran awal ialah menyiapkan kenderaan sesuai bagi menjalankan perniagaan kedai buku bergerak.<\/p>\n<p>\u201cSaya memilih kenderaan jenis Isuzu Dimax, kemudian diubah suai seperti keadaan sekarang dengan kos puluhan ribu.<\/p>\n<p>\u201cPuspakom mengambil masa lama bagi meluluskan kenderaan itu dan ia mengambil masa sekitar lima bulan untuk ke jalan raya. Leganya, hanya Allah sahaja yang tahu,\u201d katanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbccc10378248_355353647952935_2436133658327328541_n.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-full wp-image-59458\" src=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbccc10378248_355353647952935_2436133658327328541_n.jpg\" alt=\"mbccc10378248_355353647952935_2436133658327328541_n\" width=\"424\" height=\"336\" \/><\/a><\/p>\n<p>Mengikut pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kenderaan seumpama MBC adalah yang pertama seumpamanya didaftar di Malaysia persis kedai buku sebenar.<\/p>\n<p>Pun begitu, di sebalik kegembiraan mempelopori kafe bergerak sedemikian, Azam sempat membisikkan kerisauannya akan sikap kurang membaca di kalangan rakyat khusunya orang Melayu.<\/p>\n<p>\u201cBoleh dikatakan sambutan luar biasa diterima di kalangan rakan Cina. Malah mereka tidak kekok membeli bahan bacaan berunsur Islam.<\/p>\n<p>\u201cAntaranya, panduan kesihatan berasaskan sunnah ataupun buku sastera berbahasa Melayu. Kita dapat lihat kesungguhan mereka dalam membudayakan pembacaan.<\/p>\n<p>\u201cIni adak berbeza dengan sikap kebanyakan dari orang Melayu yang lebih gemar mencari novel berunsur pop,\u201d katanya yang menjual pelbagai jenis buku termasuk motivasi, pengetahuan am, Islam, ensiklopedia, novel dan buku kanak-kanak.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbc10609667_358387504316216_3471790625234060056_n.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-full wp-image-59459\" src=\"http:\/\/bm.selangorku.com\/wp-content\/uploads\/2014\/09\/mbc10609667_358387504316216_3471790625234060056_n.jpg\" alt=\"mbc10609667_358387504316216_3471790625234060056_n\" width=\"640\" height=\"441\" \/><\/a><\/p>\n<p>Bagi Azam, bukan salah membaca karya sedemikian tetapi perlu diselang seli dengan bahan bacaan ilmiah supaya minda lebih kritis.<\/p>\n<p>Tidak hairanlah, beliau ada kalanya \u2013 demi memupuk minat membaca, memberi buku secara percuma kepada pelanggan.<\/p>\n<p>\u201cAda kalanya orang datang kepada saya dan beritahu bahawa mereka tidak minat membaca.<\/p>\n<p>\u201cTetapi saya akan tanya apa mereka minat, jika minat pada kereta, ada buku berkaitan kereta, jika minat fesyen, ada buku itu juga.<\/p>\n<p>\u201cJika mereka tiada duit, saya beri sahaja, asalkan mereka membaca. Itu permulaan baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azam mengakui sesetengah pihak hairan dengan tindakannya itu yang tentunya menjejaskan keuntungan, apatah lagi jualan buku jauh lebih rendah margin keuntungannya.<\/p>\n<p>\u201cJika kita berniaga mestilah ada keuntungan. Cuma kita yang tentukan sama ada nak untung banyak atau sikit. Selebihnya sedekah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang baru-baru ini menyertai Pesta Buku Selangor juga banyak memasarkan buku penerbit bebas yang sukar mendapatkan tempat di kedai buku ternama.<\/p>\n<p>\u201cKami beri peluang kepada terbitan tempatan berbanding luar negara kerana percaya karya tempatan juga ada produk penerbitan bermutu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi memantapkan lagi interaksi dengan kaki buku, Azam mewujudkan laman Facebook dan Instagram dengan nama Mobile Book Cafe.<\/p>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>sumber:\u00a0http:\/\/bm.selangorku.com\/59455\/jual-beli-buku-di-pasar-tani\/<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh LIZAWATI MADFA Usah terkejut jika orang ramai mengunjungi Pasar Tani bukan untuk membeli sayura-sayuran, ikan atau daging ayam, sebalik mahu mendapatkan buku terbaharu. Ini kerana Mobile Book Cafe (MBC) atau kafe buku bergerak mungkin ada di mana-mana termasuk Pasar Tani yang lazimnya menempatkan gerai jualan barangan keperluan harian. Istimewanya,<a href=\"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=1690\" class=\"read-more\">Read More &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[9],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1690"}],"collection":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1690"}],"version-history":[{"count":1,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1691,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1690\/revisions\/1691"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}